Khamis, 20 Disember 2012

Sidang Media SERANG di PJ Selatan


Pengerusi SERANG, sdr Budiman dengan kerjasama ketua pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan, sdr Riduan Mahidin telah mengadakan sidang media bertempat di Pejabat UMNO Bahagian PJ Selatan. bertujuan mendesak kerajaan negeri selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat agar menunjukkan dimanakah lokasi rumah kos rendah yang dibina oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi memudahkan anak muda memohon perumahan tersebut.

turut hadir sama memberi sokongan Dato Azman Chin, ketua penerangan pemuda BN Selangor, sdr Surenthiran Suren, Ketua Pemuda PPP Selangor, sdr Juan, Penyelaras DUN Bukit Gasing serta ramai lagi daripada wakil-wakil pemuda BN negeri selangor

selepas sidang media, sdr Riduan Mahidin telah membawa semua sahabat melawat sebuah rumah flat kos rendah yang didiami oleh 4 buah keluarga kelamin, tinggal dalam sebuah rumah dengan begitu sesak sekali

di sebelah petang pula, SERANG telah mengedarkan topeng Mask kepada para peniaga serta pengunjung  pasar malam taman sri manja




Isnin, 17 Disember 2012

Birthday Dato' Donald & Datin Wong

Selamat Hari Jadi kepada Senator Dato' IR Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Pengerusi BN PJ Selatan pada 16 dec 2012 & tidak lupa juga kepada Datin Wong Fong Leng drpd MCA PJ Selatan yang akan menyambut hari jadi pada 20 dec 2012

majlis sambutan hari ulang tahun Dato Donald bersama Datin Wong Fong leng telah diadakan bersama masyarakat pj old town dan bersama beberapa pemimpin tempatan daripada UMNO, MIC, PPP dll

Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik selaku penyelaras DUN Taman Medan, sdr Riduan Mahidin selaku ketua Pemuda UMNO Bahagian PJS turut bersama penduduk setempat meraikan sambutan hari jadi dato donald & Datin Wong secara ringkas dan santai.


Video...


                Lagi Gambar-gambar menarik di bawah


















Jumaat, 14 Disember 2012

Dialoq Bersama Wakil Penduduk Flat SPNB Medan Cahaya


atas usaha bersepadu yang dilakukan oleh Datin Wong Fong Leng, akhirnya telah berjaya membawa perbincangan antara pengerusi-pengerusi penduduk flat SPNB medan cahaya PJS duduk berbincang bagi mengadu masalah-masalah setempat bersama pemimpin-pemimpin BN PJS, Senator IR Donald Lim Sing Chai (Pengerusi BN PJS) Raja Dato' Hanipuddin (Penyelaras DUN Taman Medan), Pengarah SPNB Dato' Kamarul serta wakil daripada pihak Syabas


Raja Dato' Hanipuddin bersama Datin Wong Fong Leng berbincang bersama Dato' Kamarul.
meminta jasa baik Dato' Kamarul selaku pengarah SPNB agar membantu penduduk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi penduduk seperti longkang tersumbat, paip air bocor serta pelbagai lagi demi kemudahan & keselesaan penduduk


lagi gambar-gambar menarik di bawah...



















 

  



Program Ramah Mesra Deepavali di PJS


Program Ramah Mesra deepavali anjuran MIC cawangan taman medan baru telah diadakan pada 13/12/2012 bertempat di perkarangan letak kereta. Senator IR Donald Lim Siang Chai, Datin Wong Fong Leng drpd MCA PJS serta Raja Dato' Hanipuddin selaku Penyelaras DUN Taman Medan turut hadir memerihakan majlis ramah mesra ini



lagi gambar-gambar menarik di bawah...