Jumaat, 10 Februari 2012

Jalinan Kasih BN PJ Selatan

Jalinan Kasih BN PJ Selatan dengan kerjasama KEMAS PJS melawat serta memberi bantuan kepada penduduk PJS yang sakit serta warga emas. Penyelaras DUN Taman Medan, Raja Dato' Hanipuddin Bin Raja Dato' Nong Chik telah mengetuai rombongan Jalinan Kasih yg turut dihadiri oleh Datin Wong Fong Leng daripada MCA PJS serta Sdr Johari Pegawai Kemas PJS

Raja Dato' Hanipuddin sedang menyampaikan sumbangan kepada Pn Norizan Bt Yeop Nordin yg terpaksa dipotong ke 2 belah kaki akibat penyakit kencing manis

en Ibrahim warga emas yang uzur turut mendapat perhatian daripada Penyelaras DUN Taman Medan. Sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan asas & kerusi roda telah disumbangkan oleh Penyelaras DUN Taman Medan, Raja Dato' hanipuddin, Datin Wong Fong Leng (MCA PJS) & KEMAS PJS






menuju ke rumah penduduk bersama rombongan

 warga emas nenek Saedah Bt Mahat yang mengidap penyakit darah tinggi & kencing manis menerima sumbangan wang tunai & barangan keperluan asas. semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban kepada nenek Saedah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan