Khamis, 16 Februari 2012

UMNO Bahagian PJS sentiasa membantu penduduk

UMNO Bahagian PJ Selatan yg diketuai oleh Raja Dato' Hanipuddin Bin Raja Dato' Nong Chik dengan kerjasama KEMAS PJS serta jentera telah meneruskan lagi sesi membantu rakyat dengan cara hadir rumah ke rumah. bantuan berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, susu, minyak masak dll serta RM cash


pemangku Ketua UMNO Bahagian PJS, Raja Dato' Hanipuddin Bin Raja Dato' Nong Chik ditemani oleh En Johari drpd pegawai KEMAS PJS telah menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas & sumbangan wang tunai bagi meringankan sedikit beban Pn Zaniah Bt Saat yg sedang terlantar sakit




Destinasi diteruskan, kali ini di Taman Medan PJS 2d pula

en Huzaini baru lepas menjalani pembedahan mata sebelah kanan yg kabur akibat drpd penyakit kencing manis. ketika ini beliau masih lagi tidak berapa nampak... semoga beliau cepat sembuh

Raja Dato' Hanipuddin sedang menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada en Huzaini bagi meringankan sedikit beban keluarga beliau

barangan keperluan asas sumbangan daripada KEMAS PJS turut disampaikan.

menuju ke kawasan Flat SPNB Medan Cahaya, Taman Medan


demi membantu rakyat yg memerlukan bantuan, cik akak-cik akak daripada UMNO bahagian PJS & KEMAS PJS turut hadir sama membantu


Raja Dato' hanipuddin serta jentera mengunjungi en Ani Mohd Ali yg mengidapi strok

bagi meringankan beban beliau, Raja Dato' Hanipuddin telah menyumbangkan wang tunai & KEMAS PJS pula telah menyumbangkan barangan keperluan asas


destinasi diteruskan, kali ini terjumpa pula lif yg tiada butang... alahaiii, turun pakai tangga la pulakkkkkk










rombongan singgah sebentar untuk minum petang sambil menghilangkan penat di gerai pak din yg terletak di flat perangsang, PJ Selatan



destinasi diteruskan selepas minum petang

sdr Johari pegawai KEMAS PJS sedang mengelamun jauh, mungkin sedang mengenangkan kisah semasa alam remaja




disebabkan kesempitan hidup, ibu tunggal ini yang mempunyai 11 orang anak terpaksa memberi 5 orang anak-anak beliau kepada saudara mara untuk dipelihara, ada di negeri sembilan, melaka & johor... sekarang 6 orang anak-anak masih bersama beliau. merasa terkejut & sungguh terharu dengan kehadiran pemangku Ketua UMNO Bahagian PJS, Raja Dato' Hanipuddin bersama rombongan memberi sedikit bantuan bagi meringankan beban beliau.


kerana tidak mampu untuk membaiki, bingkai cermin & cermin yang pecah, terpaksa dibiarkan begitu sahaja walaupun menyedari ia boleh membahayakan kepada anak-anak beliau yang masih kecil

diatas keprihatinan Raja Dato Hanipuddin sbg pemangku Ketua UMNO bahagian PJS, beliau akan menanggung segala kos membaik pulih bingkai & tingkap yg telah pecah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan