Jumaat, 2 Mac 2012

Skim Anak Angkat YPM (SAA)

Skim Anak Angkat YPM (SAA) menyediakan bantuan kewangan persekolahan dan pelaksanaan, skim ini adalah satu strategi dan usaha Yayasan Pelajaran MARA untuk membantu pelajar Bumiputera, terutamanya yang tinggal di luar bandar dan daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Skim ini menggunakan konsep Anak - Keluarga Angkat bagi mewujudkan semangat kekeluargaan di kalangan pihak-pihak yang menyertai skim ini. Pelajar yang menerima bantuan dinamakan sebagai Anak Angkat, dan pihak yang menyumbang sama ada penyumbang perseorangan atau syarikat korporat dinamakan sebagai Keluarga Angkat.

diatas keprihatinan serta usaha gigih ketua pergerakan UMNO Bahagian PJS, Sdr Riduan Mahidin serta timbalan beliau, Sdr Sam Wahid yang cuba sedaya upaya membantu pelajar-pelajar dari SMK Taman dato Harun P.Jaya mendapatkan tajaan daripada YPM, alhamdulillah akhirnya hari ini seramai lapan pelajar telah menerima surat tawaran skim tersebut.


Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJS, Sdr Riduan Mahidin sedang menyampaikan surat tawaran kepada pelajar sambil disaksikan oleh Sdr Sam Wahid (wakil YPM) & Guru Sekolah









Tiada ulasan:

Catat Ulasan