Jumaat, 27 September 2013

UMNO Bahagian PJ Selatan Part 1


salam perkenalan. tujuan penulis menceritakan kisah ini, bukan bertujuan memburukkan sesiapa, cuma penulis hanya ingin berkongsi cerita sekadar apa yang penulis tahu berkenaan  UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan



Umno bahagian Petaling Jaya Selatan yang dahulunya diketuai oleh Kapten (B) Datuk Zahar Hashim selama 18 tahun sebagai ketua umno bahagian mempunyai keahlian seramai 20,000 ahli pada masa itu. Pada 3 dec 2008, kapten (B) Datuk Zahar Hashim telah digantung keahlian selama 3 tahun dan secara tidak langsung semua jawatan beliau dalam parti telah gugur secara automatik . seterusnya pada 24 dec 2008 beliau mengistiharkan keluar parti umno dan masuk pas bersama beberapa ketua-ketua umno cawangan.


Ketika penghijrahan kapten (B) Zahar Hashim ke PAS, bangunan yang selama ini diduduki (sewa) oleh UMNO PJS telah diserah kepada PAS Petaling Jaya Selatan oleh kapten (B) Zahar Hashim, manakala segala dokumen-dokumen sulit parti pula telah dibuang didalam tong sampah


  hanya Allah sahaja yang mengetahui siapakah yang telah membuang documen UMNO ini kedalam tong sampah tanda hina nya UMNO dimata mereka pada ketika itu






hanya Allah sahaja yang mengetahui siapakah yang telah membuang documen UMNO ini kedalam tong sampah tanda hina nya UMNO dimata mereka pada ketika itu









Pada 28 dec 2008, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah sebulat suara untuk melantik Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Raja Dato’ Hanipuddin bin Raja Dato’ Nong Chik sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan








Malu hendak pakai baju UMNO

Pada ketika itu, ramai orang-orang kampung terutama anak-anak muda berasa malu untuk pakai baju umno. Mereka lebih suka memakai pakaian biasa jika ada perjumpaan-perjumpaan bersama pemimpin umno. Jauh sekali jika mereka hendak mengibarkan bendera UMNO / BN dirumah masing-masing.



Bermula tugas mencabar sebagai Pemangku ketua UMNO Bahagian PJS

Raja Dato’ Hanipuddin bin Raja Dato’ Nong Chik bermula sebagai pemangku ketua UMNO Bahagian dengan penuh cabaran ketika itu. Tiada bangunan UMNO untuk diduduki, tiada dokumen-dokumen keahlian UMNO, penduduk malu hendak memakai baju UMNO, malu untuk mengibarkan bendera UMNO serta beliau harus menyatukan semula semua ketua-ketua cawangan


sumber >>>>> http://fairuzjamal.blogspot.com/2013/06/umno-bahagian-petaling-jaya-selatan.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan