Jumaat, 27 September 2013

UMNO Bahagian PJ Selatan Part 2


Bermula tugas mencabar

Raja Dato’ Hanipuddin bin Raja Dato’ Nong Chik bermula sebagai pemangku ketua dengan penuh cabaran ketika itu. Tiada bangunan UMNO untuk diduduki, tiada dokumen-dokumen keahlian UMNO serta menyatukan semula semua ketua-ketua cawangan



Selaku pemimpin yang sentiasa memikirkan kepentingan parti, diperingkat awal beliau telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menyewa tingkat atas rumah kedai di Taman Sri Manja sebagai Pejabat Rasmi UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Seterusnya bermulalah siri-siri mengumpul kembali dokumen-dokumen yg telah dibuang serta menyatukan padu kan ahli-ahli UMNO PJS.




Setelah bertungkus lumus mendapatkan kembali dokumen-dokumen parti serta membuat pelbagai penyediaan menyatukan semua ketua-ketua cawangan, maka satu program sesi suai kenal serta ceramah akan dianjurkan di dewan orang ramai PJS 4.







Pejabat UMNO Bahagian PJ Selatan di Taman Sri Manja


Dalam waktu yang sama beliau terpaksa buat roadshow berjumpa ketua-ketua cawangan kerana ada segelintir orang yang tidak bersetuju dengan keputusan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor kerana menganggap mereka lebih layak memangku jawatan ketua, telah memulakan siri memburukkan Dato' Raja’ Hanipuddin seperti sebagai darah diraja, beliau tidak pernah makan minum dikedai mamak sedangkan rakyat serta ahli umno selalu duduk kedai mamak. Kononnya Dato’ Raja hanya minum teh di kelab-kelab golf sahaja. Antaranya juga mereka mengatakan Dato’ Raja tinggal diluar kawasan, jadi bila berlaku sesuatu dalam kawasan, maka beliau tidak ada, maka beliau tidak layak jadi pemangku ketua UMNO bahagian.


Selepas tarikh diedarkan 2 minggu lebih awal, maka ada dikalangan-kalangan sanggup mengadakan perjumpaan hampir setiap malam, sama ada dikedai mamak, di hotel dan bermacam-macam tempat lagi dengan tujuan mendesak Raja Dato’ Hanipuddin meletak jawatan sebagai pemangku ketua UMNO bahagian PJS. Pelbagai siri perbincangan memburukkan Dato’ Raja telah dijalankan oleh mereka-mereka yang berangan ingin menjawat jawatan pemangku ketua UMNO bahagian. Pelbagai soalan telah mereka sediakan dengan tujuan ingin memalukan Dato’ Raja dihadapan semua semua ketua-ketua cawangan serta sayap parti seterusnya mendesak beliau meletakkan jawatan


Maka pada tarikh yang telah dijanjikan, maka bermulalah program sesi suai kenal serta sesi ceramah dan sdr Lokman Adam selaku EXCO pemuda UMNO Malaysia telah dijemput sebagai penceramah ketika itu.

Selepas sesi ceramah, maka sesi pengenalan telah dijalankan dan yang pelik sekali ialah, selepas hampir 2 minggu mengadakan perjumpaan setiap malam untuk menyediakan pelbagai soalan-soalan mendesak Dato’ Raja letak jawatan, tapi tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang bangkit ketika itu. Semuanya senyap membisu untuk tunjuk hebat hanya diluar sahaja.

namun selepas sesi hampir selesai, beberapa anak muda yang telah termakan kata-kata memburukkan Dato’ Raja sebelum ini telah bangkit hingga kedepan pentas sambil menjerit-jerit agar Dato’ Raja meletakkan jawatan hingga keadaan menjadi kecoh sekejap ketika itu, tapi Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan dan lain-lain. Semuanya berjalan dengan aman walaupun ada bantahan

sumber >>>>> http://fairuzjamal.blogspot.com/2013/06/umno-bahagian-petaling-jaya-selatan_5462.html



Tiada ulasan:

Catat Ulasan