Jumaat, 27 September 2013

UMNO Bahagian PJ Selatan Part 3


Menguatkan nama UMNO


Selepas selesai program, bermulalah era siri menguatkan nama UMNO di PJS. Pelbagai usaha telah dilakukan dengan bantuan semua termasuk EXCO umno bahagian, ketua-ketua sayap serta jentera-jentera parti. Pelbagai bentuk program yang tidak pernah sunyi di PJS anjuran UMNO bahagian telah mula membuka mata penduduk bahawa UMNO masih dihati rakyat

antara bentuk program yang dijalankan ialah

"Klinik Rakyat" yang diadakan setiap hari selasa malam rabu diadakan di pejabat UMNO Bahagian PJS khusus untuk memberi peluang kepada penduduk tidak mengira agama, bangsa serta ideologi politik untuk mengadu masalah terus kepada pemangku ketua UMNO Bahagian. pelbagai masalah yg dibangkitkan warga emas mohon bantuan perubatan, memohon bantuan yuran anak masuk universiti, memohon bantuan bayar bil hospital, memohon bayar bil api / air yg telah dipotong, memohon beras, memohon untuk membelikan susu anak, memohon kerusi roda, memohon bantuan JKM serta ada 1001 macam masalah yang diutarakan

Dato' Raja Hanipuddin sedang menemuramah penduduk yang hadir memohon bantuan


"Tautan Kasih" setiap bulan Dato' Raja serta jentera-jentera UMNO PJS dengan kerjasama ketua-ketua cawangan, pengerusi-pengerusi PDM bersama KEMAS PJ Selatan akan melawat antara 30 ~ 50 buah rumah untuk diberi bantuan barangan keperluan asas serta wang tunai bagi meringankan beban perbelanjaan penduduk. rumah-rumah yang dilawati seperti warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal yang tidak bekerja, 




selepas program bersama penduduk atau apa saja program, kebiasaanya Dato' Raja akan mengajak ketua-ketua cawangan, jentera-jentera UMNO yang hadir membantu untuk minum bersama dikedai mamak yang berdekatan, dengan cara ini ia dapat memupuk semangat setiakawan dan kemesraan yang tinggi tanpa ada jurang darjat mahupun pangkat.




"Menyambut bulan ramadhan bersama penduduk" juga antara salah satu program yang dijalankan oleh Dato' Raja dengan tujuan merepatkan silatulrahim antara penduduk setempat bersama UMNO PJS. program seperti sahur bersama penduduk serta hadir ke gerai bazar sambil bermesra bersama pengunjung dan peniaga bazar ramadhan


Dato' Raja bersahur bersama penduduk


Bazar ramadhan taman medan


sumber >>>>>> http://fairuzjamal.blogspot.com/2013/06/umno-bahagian-petaling-jaya-selatan_20.html



Tiada ulasan:

Catat Ulasan