Jumaat, 22 November 2013

Tarif elektrik masih kekal pada kadar sedia ada

PORT DICKSON: Tarif elektrik di negara ini masih kekal pada kadar sedia ada, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, sebarang kenaikan atau penurunan tarif elektrik perlu dilihat secara holistik. 


"Ia tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja. Kita kena lihat pelbagai sudut, sebab kita ada golongan mereka yang berpendapatan rendah, kelas pertengahan, industri dan sebagainya. Jadi, bila nak tengok tarif elektrik, kita kena tengok secara holistik. 



"Maknanya, kajian mendalam perlu dijalankan jika ingin membuat sesuatu dengan tarif elektrik. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk menaik atau menurunkan tarif elektrik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau ditemui selepas majlis penutup Bengkel Jurulatih Utama Kebangsaan Modul Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga 2013 serta pelancaran Unit Pameran Bergerak Teknologi Hijau di sini.


Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) kementerian, Datuk Badaruddin Mahyudin, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Hadri Haris serta Pengarah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu dan Kecekapan Tenaga (CETREE), Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Haslan Abu Hassan. 


Walaupun harga gas dan sumber tenaga semula jadi lain naik, namun kerajaan masih mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada, katanya. 


Mengenai kejadian tumpahan diesel di Sungai Selangor baru-baru ini, beliau berkata pengawasan dan penguatkuasaan perlu ditingkatkan di sungai utama di negara ini khususnya sungai yang membekalkan air bersih kepada penduduk dan industri. 


Katanya langkah mewujudkan pasukan petugas secara bersepadu di kawasan berkenaan adalah salah satu langkah berkesan bagi membendung kejadian ini daripada berulang dimasa depan.


"Kita tengok sungai yang menjadi keutamaan kepada bekalan air bersih. Dalam hubungan ini, kita cuma cadangkan untuk wujudkan pasukan petugas sebab ia bukan bidang kuasa kementerian ini tapi bidang kuasa di kementerian lain. Kementerian ini lebih kepada pengatur untuk bekalan air bersih sahaja," katanya.
Bengkel tiga hari itu disertai 450 orang guru dari seluruh negara.


Program usaha sama kementerian, USM dan Kementerian Pendidikan itu bertujuan memberi pendedahan kepada guru-guru sekolah tentang Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga selaras dengan dasar Teknologi Hijau Negara.


sumber disini



Najib Umum Senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan senarai baru Pengerusi dan timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang baharu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majli Tertinggi UMNO di sini Khamis malam.

Beliau juga mengumumkan pelantikan empat anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO tambahan iaitu dua daripada pergerakan Wanita dan masing-masing seorang daripada sayap Pemuda serta Puteri.

Najib berkata mereka ialah Naib Ketua Wanita Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.

“Kita ada kuasa untuk melantik 13 orang anggota MT tambahan, dua daripada Wanita, seorang daripada Pemuda dan Puteri, jadi baki lagi sembilan orang akan diumumkan pada awal minggu depan,” katanya.

“MT juga mengambil keputusan supaya semua menteri besar dijemput untuk turut hadir dalam mesyuarat MT kerana mereka ada kuasa sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri, amalan ini sudah berlaku sebelum ini,” katanya.

Berikut adalah senarai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
1. Perlis
Pengerusi – Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Pengerusi – Tuan Azlan Bin Man

2. Kedah
Pengerusi – Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
Timbalan Pengerusi – Datuk Paduka Ahmad Bashah

3. Pulau Pinang
Pengerusi – Datuk Zainal Abidin Osman
Timbalan Pengerusi – Datuk Reezal Merican Naina Merican

4. Perak
Pengerusi – Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Husni

5. Selangor
Pengerusi – Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi – Datuk Abdul Shukor Idrus

6. Wilayah Persekutuan
Pengerusi – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Pengerusi – Datuk Raja Nong Chik

7. Negeri Sembilan
Pengerusi – Datuk Seri Utama Mohamad Hasan
Timbalan Pengerusi – Datuk Hasan Malek

8. Melaka
Pengerusi – Datuk Idris Haron
Timbalan Pengerusi – Datuk Wira Haji Abdul Ghaffar Atan

9. Johor
Pengerusi – Datuk Seri Mohd Khalid Nordin
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Dr. Latif Ahmad

10. Pahang
Pengerusi – Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan Pengerusi – Datuk Haji Mohd Shakar Shamsudin

11. Terengganu
Pengerusi – Datuk Seri Ahmad Said
Timbalan Pengerusi – Datuk Jailani Johari

12. Kelantan
Pengerusi – Datuk Seri Mustafa Mohamed
Timbalan Pengerusi – Datuk Awang Adek

13. Sabah
Pengerusi – Datuk Seri Panglima Musa Aman
Timbalan Pengerusi – Datuk Seri Panglima Saleh Said Keruak

sumber DISINI

Sabtu, 16 November 2013

Jangan keluar kenyataan 'singgung' Umno - Tengku Adnan

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan pemimpin dan anggota parti itu supaya tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej, perspektif dan nama parti itu.

Sebaliknya, beliau menasihatkan pemimpin dan anggota parti itu agar menggunakan Lembaga Disiplin Umno sebagai saluran utama membuat aduan atau rasa tidak puas hati membabitkan isu parti, termasuk keputusan pemilihan Umno baru-baru ini.

"Jangan keluarkan kenyataan-kenyataan yang kadang kala tidak berasas, kita menuding jari, pada hal betul atau tak betul, sahih atau tidak sahih kita tidak tahu.

"Oleh kerana kita tak dapat (jawatan), kita marah. Jangan ikutkan hatilah.

Saya sarankan kepada semua ahli Umno, kalau ada masalah rujuk kepada ibu pejabat, kita ada jawatankuasa disiplin, lembaga disiplin, ada cara untuk salurkan luahan untuk disiasat," katanya.

Tengku Adnan diminta mengulas tindakan anggota Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meluahkan pandangan mengenai pemilihan Umno, selepas gagal merebut kerusi anggota Majlis Tertinggi (MT) melalui ruangan pendapat dalam portal Malaysian Insider pada 30 Oktober lepas.

Mengulas lanjut Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, kepentingan parti perlu diutamakan daripada kepentingan sendiri.

"Bila kita menuding jari, perspektif terhadap parti tidak baik. Jadi saya sarankan kepada semua, sesiapa sekalipun ahli Umno, kalau mereka ada masalah, balik kepada jawatankuasa (jawatankuasa disiplin) yang ditubuhkan.

"Apa lagi mereka hendak salahkan parti kerana parti sekarang amat terbuka, dari segi pemilihan pun amat terbuka," katanya.

Menurutnya, pemilihan Umno baru-baru ini jelas menampakkan sikap keterbukaan dalam menyuburkan amalan demokrasi yang perlu dihargai dan bukan diperkecilkan oleh anggota parti itu sendiri.

Ditanya sama ada Nur Jazlan sudah membuat aduan di Lembaga Disiplin Umno, Tengku Adnan berkata, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu belum berbuat demikian.

"Dia (Nur Jazlan) sebut kepada umum tetapi dia (Nur Jazlan) sendiri belum buat aduan dengan jawatankuasa disiplin," katanya.

sumber di Sini

Jumaat, 8 November 2013

Perdana Menteri serah sumbangan kepada Keluarga wira Op Daulat


PUTRAJAYA: Seramai 29 penerima terdiri daripada tujuh balu dan enam ibu bapa wira negara yang terkorban serta 16 pegawai yang tercedera ketika bertugas di Op Daulat, Lahad Datu menerima sumbangan daripada Tabung Wira Negara (TWN) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sumbangan berjumlah diserahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis di Kompleks Seri Perdana, di sini, sebentar tadi. 
Perdana Menteri berkata, sumbangan akan disalurkan dalam dua kaedah iaitu secara sekali gus dan bulanan. 

"Sebanyak RM22,000 akan diserahkan kepada ibu bapa atau balu anggota yang meninggal dunia; RM10,000 bagi anggota yang parah; RM5,000 untuk anggota cedera ringan dan RM10,000 kepada ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran, diberikan secara sekali gus.


"Sementara, sumbangan bulanan juga akan diberikan melalui Amanah Raya Berhad iaitu RM800 kepada balu; RM500 kepada anak-anak dibawah umur 12 tahun dan RM400 kepada ibu bapa,"katanya.


Sejak pelancaran pada 11 Mac lalu di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga belas (MAPPA XIII), TWN mengumpulkan sebanyak RM3,269,465.18 hasil sumbangan daripada penjawat awam peringkat persekutuan dan negeri; badan berkanun serta melalui penajaan. 

TWN yang diuruskan JPA berteraskan konsep daripada penjawat awam untuk penjawat awam ini adalah inisiatif dan pengiktirafan kerajaan terhadap perjuangan serta pengorban


sumber disini

Khamis, 7 November 2013

Selangor Terus Catat Kes Denggi Tertinggi



Sebanyak 29,754 kes demam denggi telah di laporkan di seluruh negara dari Januari hingga 2 November tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata jumlah kes demam denggi pada tahun ini menunjukkan peningkatan kira-kira 10,000 kes berbanding tahun 2012 yang mencatat jumlah sebanyak 18,268 kes.

"Daripada jumlah kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara, Selangor mencatat jumlah kes paling tinggi iaitu kira-kira 15,000 kes dilaporkan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang ingin tahu jumlah terbaharu kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara dan langkah-langkah bagi mengatasi masalah pembiakan nyamuk Aedes.

Kata Subramaniam, perubahan iklim di negara ini merupakan antara faktor yang menyebabkan peningkatan kes demam denggi.

"Setakat ini langkah yang paling berkesan untuk mengurangkan kes demam denggi ialah menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam air jernih bertakung yang ada berkaitan dengan musim hujan.

"Selain itu, kerjasama daripada semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), wakil-wakil rakyat tempatan, serta klinik-klinik kesihatan juga sangat penting dalam memastikan tempat-tempat pembiakan nyamuk dihapuskan dan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahayanya nyamuk Aedes dalam membawa kepada virus demam denggi," katanya.

Berkenaan status projek 'Genetic Aedes Mosquito' (GAM) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, Subramaniam berkata projek itu masih dalam pertimbangan dan pihak kementerian tidak ada rancangan segera untuk menjalankan pelepasan nyamuk Aedes GAM untuk tujuan mencegah wabak denggi.

"Kos yang telah dibelanjakan untuk projek ini dari tahun 2006 sehingga tahun 2012 ialah sebanyak RM 3,146,709 yang merangkumi kos tiga fasa kajian.

"Tiga fasa tersebut iaitu fasa pertama merangkumi pengkolonian dan pembiakan nyamuk serta kajian bionomik semua peringkat peringkat kitaran hidup nyamuk Genetik Aedes; fasa kedua merangkumi pengawanan nyamuk Aedes jantan dan fasa ketiga iaitu kajian penandaan, pelepasan dan penangkapan semula nyamuk Aedes jantan yang telah dijalankan di kawasan tidak berpenghuni di Bentong, Pahang," katanya.

Katanya, fasa selanjutnya iaitu untuk membuat kajian pengurangan wabak denggi di empat zon yang telah dikenalpasti selama tiga tahun dan anggaran jumlah kos yang terlibat iaitu kira-kira RM100 juta.







Isnin, 4 November 2013

Pas kekalkan kerusi Dun Sungai Limau


YAN - Pas mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau dengan majoriti undi berkurangan lebih separuh dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.
  
Calon Pas, Mohd Azam Abd Samat, 32, memperoleh 12,069 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dengan 10,985 undi.
  
Pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei lepas, Tan Sri Azizan Abdul Razak (Pas) menang kerusi Dun itu dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.
  
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, di sini.
  
Daripada 23,249 pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini, 145 kertas undi diisytiharkan rosak.
  
Dengan keputusan ini, Pas mengekalkan kerusi Dun itu sejak pilihan raya umum 1995 yang dimenangi menerusi Azizan.

Undi yang diperoleh Mohd Azam berkurangan 1,225 atau 9.2 peratus daripada jumlah undi yang diraih Azizan pada PRU13 iaitu sebanyak 13,294 undi.
 
Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini juga berkurangan 1,100 atau 4.5 peratus daripada 24,349 pada PRU13.
  
Mohd Azam yang ditemui pemberita selepas pengumuman itu mengucapkan terima kasih kepada jentera parti dan pakatan pembangkang yang membantu beliau mendapat kemenangan itu.
 
Beliau juga berjanji akan memberi fokus kepada aspek kebajikan masyarakat di Sungai Limau.
 
Ketika keputusan diumumkan, Ahmad Sohaimi dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak berada di dalam dewan. - Bernama


sumber Di Sini

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H



Semoga sambutan Maal Hijrah 1435H ini dapat memupuk persefahaman dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia. Bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, semoga ianya menjadi pemangkin kepada kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara.