Rabu, 1 Januari 2014

UMNO PJS dan NGO buat laporan Polis terhadap Paderi Lawrens berkenaan isu kalimah Allah di Selangor




UMNO Bahagian PJ Selatan bersama-sama Pemuda, Wanita, Puteri serta beberapa NGO dari PJ Selatan telah membuat laporan polis terhadap Paderi Lawrens Andrew diatas kenyataan beliau yang menyatakan gereja katolik di Selangor akan tetap menggunakan kalimah Allah. Andrew berkata Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) tidak berhak terhadap kumpulan agama lain.

ini jelas bertentangan dengan titah DYMM Sultan Selangor bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja di negeri itu sepertimana diputuskan oleh jawatankuasa fatwa dan enekmen negeri.


Ketua UMNO Bahagian PJ selatan, YM  Raja Dato Hanipuddin meminta agar Paderi Lawrens memohon maaf secara terbuka diatas kenyataan beliau.

sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor sdr Ridhuan Mahidin berkata "kami minta Paderi Lawrens agar menarik balik kenyataan beliau dalam tempoh empat hari bermula dari hari ini"




admin kata... ppssttttt... EXCO Agama Kerajaan Negeri Selangor wujud ke tak wujud ? hihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan