Ahad, 28 Februari 2016

Aktiviti Bergambar: Walimatulurus Anis Nadia & Mohd Izasyaira

YM Raja Dato' Hanipuddin bersama keluarga UMNO PJS mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan Anis Nadia dan Mohd Izasyaira yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka hari ini (28 Feb 2016)

Selepas subuh tadi, sdr Fauzi Talha iaitu ayah kepada pengantin telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit dikepala dan difahamkan akan dibedah hari ini. semoga sdr Fauzi selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh

sdr Dzamir, abang kepada pengantin mengambil alih tugas ayahanda beliau yang sedang sakit dihospital. walaupun hati sedang sedih, namun sdr dzamir mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang abang, menyambut serta memberikan senyuman kepada semua tetamu yang hadir kemajlis perkahwinan adik beliau. Syabas kepada sdr Dzamir.
















Khamis, 25 Februari 2016

Aktiviti Bergambar: Lawatan Kerja Menteri Pelajaran ke Sekolah-Sekolah di #PJS

Susulan lawatan ketua UMNO bahagian PJS, YM Raja Dato' Hanipuddin bersama Ketua Pemuda Tn Hj Ridzuan Mahidin, Pengerusi biro pelajaran sdr Johari Maarop dan SUK sdr Damiri Majid ke pejabat Menteri Pelajaran YB Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid untuk membincangkan perihal prasarana sekolah-sekolah sekitar PJS serta meminta menteri pelajaran hadir melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah sekitar PJS, hari ini menteri pelajaran telah hadir dalam lawatan kerja beliau dan YM Raja Dato' Hanipuddin bersama guru besar-guru besar dan pengerusi-pengerusi PIBG sekolah telah membawa serta menunjukkan keadaan sekolah mereka