Sabtu, 5 Mac 2016

UMNO PJS terus membantu penduduk dengan pelbagai cara dan usaha


Biro ekonomi UMNO bahagian PJS telah mengadakan program bersiri Gerak Usahawan untuk bakal-bakal usahawan PJS bagi membantu menjayakan perniagaan mereka melalui internet seterusnya dapat menambah pendapatan mereka.

Program Gerak Usahawan ini diadakan pada siri pertama pada 6 Dec 2015 dan telah dirasmikan oleh ketua UMNO bahagian PJS, YM Raja Dato' Hanipuddin bin YM Raja Dato' Nong Chik.

Kursus seminar eUsahawan ini telah diadakan setiap hari sabtu dan ahad. setakat ini sudah 150 orang bakal usahawan dari PJS telah menghadiri kursus yang telah ditunjuk ajar oleh cikgu-cikgu yang berpengalaman luas dalam bidang perniagaan di internet dan cikgu-cikgu ini telah dilantik oleh MDeC.

Antara sesuatu kejayaan, datangnya daripada sokong dan galakan daripada ayah dan ibu / seseorang ketua. inilah yang berlaku di PJS. selepas mendapat sokongan dan dorongan daripada ketua umno bahagian PJS, YM Raja Dato' Hanipuddin dan Pn Norashikin Ali sentiasa memberi galakan kepada peserta-peserta kursus dan akhirnya pada 4 Mac 2016, dua orang peserta kursus iaitu Shahrul & Nurulhuda telah mendapat pengiktirafan daripada MDeC kerana melepasi sasaran jualan selepas habis menghadiri kursus eUsahawan. pengiktirafan ini telah diberikan oleh CEO MDeC iaitu Dato' Yasmin Mahmood dan CEO Celcom Datuk Seri Shazally Ramli

Tahniah dan Syabas kepada Shahrul dan Nurulhuda serta Pn Norashikin Ali serta AJK-AJk beliau dan Tahniah kepada YM Raja Dato' Hanipuddin sebagai seorang ketua yang terus memberikan dorongan tanpa rasa jemu dan penat... semoga usaha ini dapat berterusan hingga mampu membantu ramai usahawan drpd PJ Selatan.

(6 Dec 2015) YM Raja Dato' Hanipuddin merasmikan seminar gerak usahawan anjuran biro ekonomi UMNO bahagian PJS dengan kerjasama MDeC

(6 Dec 2015) Pengerusi biro ekonomi UMNO bahagian PJS, Pn Norashikin Ali menyampaikan ucapan aluan

(6 Dec 2015) YM Raja Dato' Hanipuddin memberi kata-kata semangat kepada peserta seterusnya merasmikan seminar gerak usahawan 

YM Raja Dato' Hanipuddin, Pn Norashikin Ali dan Tn Hj Ridhuan Mahidin meninjau perjalanan kursus bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar

(4 Mac 2016) Pengerusi biro ekonomi UMNO bahagian PJS, Pn Norashikin Ali menemani Sdr Shahrul dan Nurulhuda ketika menerima pengiktirafan daripada CEO MDeC, Dato' Yasmin Mahmood dan Ceo Celcom, Datuk Seri Shazzali Ramly 

    

Jawatankuasa biro ekonomi UMNO bahagian PJS yang banyak mengorbankan masa dan tenaga bagi menjayakan program gerak usahawan 

Peserta kursus 
  
 Peserta kursus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan