Sabtu, 22 April 2017

Majlis Taklimat FAMA di PJ Selatan


Majlis taklimat pembangunan produk dan penjenamaan oleh FAMA bersama YBrs. Che Ghani Che Wan, Pengarah Kanan Bahagian Pemasaran Industri Asas Tani telah diadakan bersama 50 orang usahawan kecil IKS sekitar Petaling Jaya Selatan

Usaha bersepadu Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJS, Tn Hj Ridhuan Mahidin bersama Pn Norashikin Ali pengasas produk kosmetik SA menjemput FAMA bertujuan membantu usahawan-usahawan kecil IKS sekitar PJS lebih memahami berkenaan produk yang mereka usahakan serta memberi tunjuk ajar cara-cara membuat label yang lebih menarik perhatian pembeli dan secara tak langsung mampu meningkatkan jualan serta mampu menambah pendapatan mereka.

Pn Norashikin Ali pengasas produk kosmetik SA memberi ucapan aluan kepada semua peserta-peserta usahawan kecil IKS sekitar PJ Selatan yang hadir

Tn Hj Ridhuan Mahidin Ketua Pemuda UMNO Bahagian PJ Selatan

YBrs. Che Ghani Che Wan, Pengarah Kanan bahagian pemasaran industri asas tani memberi taklimat dan khidmat nasihat kepada peserta

Che Ghani Che Wan, Pn Norashikin Ali serta Tn Hj Ridhuan Mahidin melihat produk-produk usahawan kecil IKS PJ Selatan













 






















 























Tiada ulasan:

Catat Ulasan