Isnin, 19 Jun 2017

Menyambung Kesinambungan Al-Marhum Raja Dato' Hanipuddin



Alhamdulillah, hari ini adinda-adinda almarhum Raja Dato' Hanipuddin telah berbesar hati menyambung kesinambungan kekanda kesayangan mereka. Hari ini seramai 106 penduduk PJS telah menerima sumbangan hari raya daripada YM Raja Sallehuddin, YM Raja Hizaruddin dan YM Raja Taharuddin.

YM Raja Taharuddin berkata, ketika hayat kekanda beliau, mereka adik beradik selalu melihat kekanda mereka membantu penduduk setempat tidak kira masa. Apabila kekanda mereka telah pergi mengadap ilahi pada 21 Nov 2016 yang lepas, mereka adik beradik bersepakat cuba membantu sedaya yang termampu kepada penduduk PJS terutama ketika hari raya aidilfitri menjelang tiba

YM Raja Taharuddin juga berkata, selepas berbincang adik beradik, mereka sepakat bersetuju memberi sumbangan berbentuk wang tunai kepada 106 penduduk yang amat memerlukan dan berharap semoga sumbangan yang kecil ini mampu mengembirakan penerima-penerima tersebut

Tn Haji Ridzuan Mahidin selaku ketua pemuda UMNO PJS mengucapkan jutaan terima kasih kepada adinda-adinda YM Raja Dato' Hanipuddin yang sudi membantu penduduk setempat

Adinda-adinda Raja Dato' Hanipuddin bersama Tn Haji Ridzuan Mahidin turut mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk disekitar taman sri manja. sebanyak 650 bubur lambuk telah diedarkan

Sebelum majlis bermula, majlis tahlil ringkas telah diadakan untuk al-marhum Raja Dato' Hanipuddin. Semoga roh al-marhum ditempatkan bersama golongan yang beriman. amin.

AL-FATIHAH... 












Isnin, 5 Jun 2017

Jelajah Ramadhan RTM di PJ Selatan


Jelajah Ramadhan RTM untuk tahun ini telah dimulakan di Petaling Jaya Selatan. Kerjasama antara pihak SELANGORfm 100.9 bersama SRCC Petaling Jaya Selatan telah dimulakan dari pagi hingga ke petang dengan pelbagai aktiviti

Pengerusi SRCC PJS, Haji Ridzuan Mahidin berkata, sebanyak 10 buah periuk bubur lambuk disediakan dan setiap periuk dimasak secara gotong royong oleh persatuan-persatuan penduduk, KRT, NGO, Usahawan-usahawan kecil serta penduduk setempat dan sebanyak 2000 bubur lambuk diedarkan kepada pengunjung bazar ramadhan taman medan pada sebelah petang yang turut disertai oleh DJ-DJ radio Selangorfm 100.9

 Selain dari itu, seramai 30 anak-anak yatim telah dibawa ke kedai pakaian berdekatan bagi memberi peluang kepada anak-anak tersebut memilih sendiri pakaian raya yang mereka mereka suka. Haji Ridzuan berkata, anak-anak yatim tersebut diberi satu set lengkap pakaian raya.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Sdr Zainuri turut hadir memberi sokongan serta beramah mesra bersama penduduk setempat.