Isnin, 19 Jun 2017

Menyambung Kesinambungan Al-Marhum Raja Dato' Hanipuddin



Alhamdulillah, hari ini adinda-adinda almarhum Raja Dato' Hanipuddin telah berbesar hati menyambung kesinambungan kekanda kesayangan mereka. Hari ini seramai 106 penduduk PJS telah menerima sumbangan hari raya daripada YM Raja Sallehuddin, YM Raja Hizaruddin dan YM Raja Taharuddin.

YM Raja Taharuddin berkata, ketika hayat kekanda beliau, mereka adik beradik selalu melihat kekanda mereka membantu penduduk setempat tidak kira masa. Apabila kekanda mereka telah pergi mengadap ilahi pada 21 Nov 2016 yang lepas, mereka adik beradik bersepakat cuba membantu sedaya yang termampu kepada penduduk PJS terutama ketika hari raya aidilfitri menjelang tiba

YM Raja Taharuddin juga berkata, selepas berbincang adik beradik, mereka sepakat bersetuju memberi sumbangan berbentuk wang tunai kepada 106 penduduk yang amat memerlukan dan berharap semoga sumbangan yang kecil ini mampu mengembirakan penerima-penerima tersebut

Tn Haji Ridzuan Mahidin selaku ketua pemuda UMNO PJS mengucapkan jutaan terima kasih kepada adinda-adinda YM Raja Dato' Hanipuddin yang sudi membantu penduduk setempat

Adinda-adinda Raja Dato' Hanipuddin bersama Tn Haji Ridzuan Mahidin turut mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk disekitar taman sri manja. sebanyak 650 bubur lambuk telah diedarkan

Sebelum majlis bermula, majlis tahlil ringkas telah diadakan untuk al-marhum Raja Dato' Hanipuddin. Semoga roh al-marhum ditempatkan bersama golongan yang beriman. amin.

AL-FATIHAH... 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan